
Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kunia-Nya blog Kedrat CitraDeewana Universiti Teknologi Malaysia akhirnya dapat diwujudkan jugak. Berbekalkan azam dan ketekunan, warga CitraDeewana ingin meniup nafas baru terhadap seni dikir barat di UTM. Syabas dan tahniah kepada semua kerana berjaya mengekalkan kesinambungan dikir barat di UTM ini. Saya berharap rakan-rakan seperjuangan semua dapat menarik lebih ramai ahli dari seluruh pelosok negeri. Kita mahu seni ini dikenali oleh setiap warga UTM. Dengan adanya dikir barat ini, kita bukan sahaja dapat memperkenalkan dikir barat malah dapat mengeratkan hubungan sesama kita.
Dengan nafas yang baru ini, kita telah mewujudkan organisasi yang mantap dalam Kedrat CitraDeewana. Ahli-ahli jawatankuasa telah dipilih bagi melancarkan perjalanan kelab ini. Dengan adanyo sokongan anda semua, kita mampu bergerak di atas bahtera kita sendiri. Biar badai melanda, CitraDeewana mampu merempuh tanpa rasa takut.
Akhir kata, saya memohon seribu kemaafan selama saya menyertai Kedrat CitraDeewana ini. Hampir 3 tahun saya bersama CitraDeewana dan saya amat berbangga sekali. CitaDeewana telah menjadi sebahagian daripada saya. Harap rakan-rakan semua dapat memberi komitmen kepada kelab kita ini. Semoga CitraDeewana akan terus bertapak di Universiti Teknologi Malaysia dan yang pasti bertapak di hati warga CitraDeewana sendiri.
Wassalam.
MAJULAH SENI DIKIR BARAT
HIDUP CITRADEEWANA!!!
Amanat Presiden KEDRAT CITRA DEEWANA Sempena
Labels: Admin