Amanat Presiden KEDRAT CITRA DEEWANA Sempena




Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kunia-Nya blog Kedrat CitraDeewana Universiti Teknologi Malaysia akhirnya dapat diwujudkan jugak. Berbekalkan azam dan ketekunan, warga CitraDeewana ingin meniup nafas baru terhadap seni dikir barat di UTM. Syabas dan tahniah kepada semua kerana berjaya mengekalkan kesinambungan dikir barat di UTM ini. Saya berharap rakan-rakan seperjuangan semua dapat menarik lebih ramai ahli dari seluruh pelosok negeri. Kita mahu seni ini dikenali oleh setiap warga UTM. Dengan adanya dikir barat ini, kita bukan sahaja dapat memperkenalkan dikir barat malah dapat mengeratkan hubungan sesama kita.

Dengan nafas yang baru ini, kita telah mewujudkan organisasi yang mantap dalam Kedrat CitraDeewana. Ahli-ahli jawatankuasa telah dipilih bagi melancarkan perjalanan kelab ini. Dengan adanyo sokongan anda semua, kita mampu bergerak di atas bahtera kita sendiri. Biar badai melanda, CitraDeewana mampu merempuh tanpa rasa takut.

Akhir kata, saya memohon seribu kemaafan selama saya menyertai Kedrat CitraDeewana ini. Hampir 3 tahun saya bersama CitraDeewana dan saya amat berbangga sekali. CitaDeewana telah menjadi sebahagian daripada saya. Harap rakan-rakan semua dapat memberi komitmen kepada kelab kita ini. Semoga CitraDeewana akan terus bertapak di Universiti Teknologi Malaysia dan yang pasti bertapak di hati warga CitraDeewana sendiri.

Wassalam.

MAJULAH SENI DIKIR BARAT
HIDUP CITRADEEWANA!!!

About Us

My photo
Skudai, Johor, Malaysia
Pendikir UTM merupakan pasukan yang ditubuhkan oleh Universiti Teknologi Malaysia di skudai. Kumpulan Citra Deewana merupakan wakil Pendikir UTM Skudai. Objektif Group Pendikir UTM ini adalah bertujuan untuk menghimpun ahli-ahli dikir barat UTM terdiri daripada ahli baru dan lama dengan mengadakan perbincangan, forum, cadangan, komen dan aktiviti-aktiviti lain demi memartabatkan warisan seni budaya bangsa. Marilah kita sama-sama memeriahkan komuniti Dikir Barat UTM ini...kami golongan penggerak seni, berjanji mengabdi diri, mendokong seni warisan jati, tetap unggul kekal abadi warisan seni tak berayah bonda, bukannya yatim tidak berkeluarga, warisan seni pantun seloka, tersusun madah, seindah bahasa...

UTM bloggers

About this blog

citradeewanautm@gmail.com
@
piju : 017-7417140

Followers

Karut

ShoutMix chat widget

Aktiviti Kedrat CitraDeewana

Latihan di Kg. Pdg Lembek, Kelantan
Pertandingan Dikir Barat FestKUM 2009
Perhimpunan Anak-anak Terengganu(PERMATA) bersama Menteri Besar